APA ITU HIPNOSIS
Perkataan HYPNOSIS atau dalam Bahasa Malaysia dieja HIPNOSIS pertama kali diperkenalkan oleh doktor ternama di England,James Braid (1795 - 1860 ).Sebelum era Braid,hipnosis dikenali dengan nama mesmerism atau magnetism.
Hipnosis berasal daripada perkataan hypnos yang bermaksud tidur dalam bahasa Yunani.Namun perlu difahami bahawa dalam keadaan hipnosis tidak sama dengan tidur.Orang yang tidur tidak menyedari dan tidak boleh mendengar suara di sekitarnya.
Sedangkan orang dalam keadaan hipnosis,meskipun tubuhnya beristirehat (seperti tidur) dia masih boleh mendengar dengan jelas dan bertindak balas terhadap maklumat yang diterimanya.Hipnosis dipelajari secara ilmiah lebih 200 tahun.
Hipnosis ialah satu kaedah memasuki minda bawah sedar manusia secara lisan dan memanipulasikannya mengikut kehendak yang dipersetujui kedua-dua pihak dan selalunya digunakan untuk tujuan perubatan,membuang tabiat buruk ( seperti merokok,penagihan dan pelbagai lagi),memulihkan trauma akibat kesan tertentu seperti kemalangan ngeri,kehilangan orang tersayang dan sebagainya.
Hipnosis boleh membantu mengubah persepsi kita pada kesakitan.Kita boleh mengawal kesakitan itu.Ada orang tidak boleh kawal kesakitan tanpa hipnosis.Contohnya seorang kanak-kanak terjatuh dan badannya terluka, tetapi apabila kita tunjukan sesuatu seperti bunga atau mengalihkan perhatiannya,dia akan berhenti menangis.
Mental yang positif menpercepatkan proses penyembuhan.Ia hanya semudah memberi mesej kepada otak dan memberi kesan pada sistem tubuh.Hipnosis tidak terhad kepada bidang perubatan sahaja malah ia dapat membantu seseorang secara emosi,tabiat,tekanan dan untuk memperbaiki pengucapan awam.
MANFAAT HIPNOSIS
Hipnosis ialah ilmu untuk mengeksplorasi kekuatan fikiran,oleh itu segala masalah berkaitan fikiran dan perasaan boleh dibantu dengan hipnosis.HIipnosis boleh berperanan dalam bidang kecantikan,kedoktoran,kesihatan tubuh dan fikiran,masalah psikologi,masalah anak dan remaja,perkembangan peribadi,masalah seksual dan hiburan
Kunci perubahan ada di fikiran bawah sedar.Anda boleh mengubah diri anda menjadi apa sahaja yang anda inginkan,asalkan anda dapat mengubah program fikiran yang tertanam di fikiran bawah sedar anda
CARA MUDAH UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE
Pada zaman yang serba maju dan canggih kini,kita tentu dapat melihat pelbagai jenis perniagaan yang wujud dan berkembang,sama ada dijalankan secara online atau offline.Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah tentang perkembangan perniagaan online yang dapat kita lihat apabila melayari internet atau membuka akaun email.
Pernahkah kita terfikir,adakah bisnes atau perniagaan online ini boleh memberikan keuntungan kepada seseorang?Pelbagai tawaran yang menarik dibuat bertujuan untuk menarik perhatian bakal pembeli atau pengguna.Bagi sesetengah individu yang berminat untuk menyertai atau membeli produk yang ditawarkan,mereka akan melayari laman web yang telah disertakan bersama dengan email yang telah dihantar terlebih dahulu.
Bukan mudah untuk seseorang itu memulakan perniagaan online tanpa mempelajari selok belok dalam dunia internet.Tanpa pengetahuan dan kaedah yang betul,kita tidak akan berjaya.Seseorang yang ingin menjalankan perniagaan online haruslah belajar cara-cara untuk merekabentuk laman web atau blog untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang bakal diedarkan di pasaran.Rekaan laman web atau blog yang menarik adalah kunci utama untuk menarik perhatian bakal prospek.
Setelah laman web atau blog promosi telah disiapkan,langkah seterusnya adalah untuk mempromosikan laman web atau blog promosi tersebut.Ini adalah langkah yang amat penting sekali kepada seseorang pemilik laman web atau blog promosi itu.Kunjungan trafik yang ramai akan menentukan pemilik laman web atau blog promosi itu akan bertahan lama dalam perniagaan online atau tidak.Ini kerana kunjungan trafiklah yang akan menentukan sama ada perniagaan online itu berjaya atau tidak.Jika terdapat banyak kunjungan trafik,peluang untuk seseorang itu berjaya adalah amat cerah tetapi jika sebaliknya yang berlaku,seseorang itu akan gagal.
Bukannya mudah untuk seseorang yang tiada pengalaman atau kemahiran untuk memulakan perniagaan internet.Ia memerlukan wang,masa,kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk seseorang berjaya dalam bidang ini.Mungkin anda pernah mendengar nama seperti Irfan Khairi.Beliau adalah salah seorang daripada orang yang berjaya dalam bidang ini.Bagi mereka yang telah berjaya,mereka telah mengecapi hasil titik peluh yang mereka usahakan selama ini.Segala penat lelah dan pengorbanan mereka telah membuahkan hasilnya.
Akhir sekali,kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagan online,anda haruslah belajar dan menimba ilmu tentang asas-asas untuk membina perniagaan online.